cara tukar had pengeluaran debit kad maybank

hi, assalamualaikum!

okay aku nak kongsikan cara tukar had debit card maybank, cara dia mudah ja pejam mata ja kahkah!
okay macam ni meh aku ajar, step by step ya..



pertama korang log in maybank korang macam biasa tapi pastikan ada tanda manga tau, itu membuktikan yang web korang bukak adalah ori.

1:


 okay lepas dah login, pergi ke card management, klik.

2:


klik pulak debit card purchase limit ni

3:



okay sekarang pilih lah berapa limit yang nak letak untuk limit pengerluaran

4:


lepas tu klik untuk pastikan yang korang dah pikiaq nak letak limit card debit, hihi
boleh ubah bila rasa nak ubah lain kali..

5:


okay selesai, JANGAN LUPA log out ya. terima kasih sampai disini class kita harini hihi.

6:

resepi enoki & brokoli bersos tiram



hi, assalamualaikum 😊. kali ni zati nak kongsikan resepi mudah, okay resepi ni ilham dari sedara zati, ain namanya dia ni memang mahir bab-bab masak ni, sebut ja nak makan apa, semua pandai masak.. untung suami hehe.. okay jom mula....

p/s: maaf ya sukatan kali ni banyak tak ada sukatan, main ikut taruh ja hehe.


bahan-bahan:

1 bungkus cendawan enoki -dicelur
1/2 brokoli -dicelur
5 ulas bawang putih -dicincang
sos tiram -ikut citarasa
sedikit serbuk lada hitam
sedikit minyak untuk menumis
sedikit air -sikit ja tau
garam sikitttttt ja sebab sos tiram dah berasa tau..
gula



cara-cara:

celur cendawan dan brokoli..

panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga sedikit garing
masukan lada hitam, sos tiram, garam dan gula
sedikit air

dah mendidih, tutup api dan tuang atas cendawan dan brokoli

senang kan??







resepi sup ayam


resepi sup ayam ni istimewa sikit sebab ini cara mak zati buat, ini satu resepi , zati ada banyak lagi resepi sup ayam dan semua berbeza-beza caranya ada yang lagi mudah.. nanti zati kongsikan di lain hari okay..

ini adalah sukatan untuk 2 mangkuk sup

(A)
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah atau 1 biji bawang besar
sebesar ibu jari halia di ketuk
1 sebatang kulit kayu manis
1 kuntum bunga cengkih
1 bunjut sup

(B)

1 batang serai di ketuk
sebesar ibu jari lengkuas di ketuk
1 sudu teh serbuk lada hitam
3 biji ubi kentang
ayam yang telah di potong dan di cuci banyak mana pun boleh agak2 dua mangkuk sup hehe
separuh kiub pati ayam(ikut suka nak letak atau tak)
2 biji bawang besar potong empat

(C) secukup rasa
garam
gula
ajinamoto(ikut suka nak letak atau tak)

(D) secukup rasa
limau nipis
cili melaka


cara-cara

tumiskan bahan A sehingga keperangan,
perlahankan api, dan masukan air
masukan bahan B, bila air dah mendidih dan ayam dah masak,
masukan bahan C, rasa ya yess rasa bila dah lengkap rasa tu, tutup api, masukan bahan D.. okay siap la sudah..

buh nasi makannn nom nom 😁